Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts
Saturday
Pada Semua
Pada Ibu & Ayah
Saya rasa,
saya hanya mampu berdoa pada Tuhan
agar dipanjangkan umur saya dan juga keduanya
agar saya sempat berbakti pada mereka.
Pada kawan.
Aku minta maaf
dari hujung metatarsal
sampai hujung medulla oblongata.
Walaupun kita bukan dekat,
mungkin juga tidak rapat sangat,
kerana jauhnya jarak,
Kamu tetap yang terhebat.
Pada dia,
Juga saya mohon ampun,
kerana sudah membazirkan banyak masanya
mendengar tingkah saya
menghadapi nakalnya saya
melayani barannya saya.
Terima kasih kerana masih sudi bertemankan saya semua.
Labels:
diri sendiri,
random,
raya,
sweet sour life
Thursday
Raya Pissed Off.
Jika situasi ini berlaku pada kamu,
Situasi 1 :
Anda bersalaman dengan saudara anda dan kemudian bertanya khabar serta bagaiman keadaan dia di universiti.
Namun tiada jawapan yang diberi. Memikirkan bahawa saudara anda tidak mendengar lalu anda mengulangi pertanyaan anda. Kemudian, anda terlihat matanya sedang fokus pada tarian SNSD di kaca skrin Lumia 910nya.
Situasi 2 :
Kawan anda di matrikulasi contohnya. Kali terakhir berjumpa adalah 2 tahun lepas. Sebelum ini, dia menghantar text pada anda tidak sabar untuk berjumpa. Setelah diusahakan akhirnya anda berjumpa di open house seorang kawan. Apa yang berlaku ialah saat anda menjawab soalan yang ditanya oleh kawan matrik tersebut tiba-tiba kawan anda ketawa terbahak-bahak. Rupanya dia sedang bertwitter dengan asyiknya dan anda terpaksa mengulangi jawapan anda.
Maka anda berada dalam satu team dengan saya.
Please people. Aku pantang benar pesen sedara mara ke kawan-kawan yang susah gila nak jumpa setahun, bila jumpa asyik main phone. Yes, I know you all guna android and BB, lumia bagai duk asyik berBBM, wassap or youtubing through your phone but pleas
e ah, ini sekali setahun je kot kita dapat jumpa.
Aku mai jauh-jauh nak bertanya khabar kot. Dahla jarang-jarang jumpa, sekali jumpa buat perangai macam ni pulak. Kemain baik dah aku tanya khabar bagai, tengok-tengok kena ulang balik soklan just because suddenly kau gelak sorang-sorang tengok kawan reply mensi follower twitter. oh please. You are triple annoying there, dude. I am your cousin and I am real, in front of you. Jangan asyik bersocial networking sampai lupa real people lahh kawann.
Aku mai jauh-jauh nak bertanya khabar kot. Dahla jarang-jarang jumpa, sekali jumpa buat perangai macam ni pulak. Kemain baik dah aku tanya khabar bagai, tengok-tengok kena ulang balik soklan just because suddenly kau gelak sorang-sorang tengok kawan reply mensi follower twitter. oh please. You are triple annoying there, dude. I am your cousin and I am real, in front of you. Jangan asyik bersocial networking sampai lupa real people lahh kawann.
I know you all kena jaga hati follower, friends and makanan, haiwan dalam Facebook tu tapi takkan lah tak boleh tinggal kejap. this iz FESTIVE season guys ! Mingle around for real lah dude, jangan jadi keyboard socialites je.
Bukan lama pun nak borak cz well, I know lah you got your own hal kan. So, bear in mind kawan in reality is important as the one in maya. Ini cuma ketidakpuasan hati saya bila diberi layanan seperti ini. Ah ah.
Happy Eid people, maaf zahir dan batin.
Labels:
damn heart,
diri sendiri,
friendship,
insan biasa,
perasaan,
random,
raya
Monday
Random #2
Gambar di Muka Buku mula meriah,
tema raya jadi raja.
Sang teruna kacak bersampin,
Sang dara manis berkurung.
Bersalaman bersama keluarga,
rumah terbuka tempat bersapa,
dengan mereka yang jauh di mata.
Labels:
insan biasa,
random,
raya,
sweet sour life
Friday
Makan, makan, makan.

Di waktu berbuka,
juga di pagi Aidilfitri.
Kau bisa untuk makan apa saja,
nasi impit, red velvet dan pavlova,
tak lupa juga lemang, rendang dan lontong masakan nenek.
Almond London, batang buruk dan juga kerepek buatan Ibu.
Semua kau bisa kunyah,
kau bisa ratah,
kau bisa telan,
asalkan kau mampu hilangkan segala.
dan tidak biarkan lemak bertapa merata
untuk hidup lama dan gembira.
Juga tidak meroyan beberapa hari selepas itu.
Pabila seluar saiz 27 hanya mampu kau pandang sepi.
Labels:
damn heart,
diri sendiri,
Nota,
perasaan,
raya,
sweet sour life
Wednesday
Akhir Ramadan 2011
Biskut coklat chip hangus.
Labels:
puasa,
random,
raya,
sweet sour life
Friday
Siapa-siapa untuk sesiapa?

[link] Adakah aku menjadi siapa-siapa untuk sesiapa?
Saya bukan siapa-siapa yang harus sesiapa sayangi kerana saya tidak pernah berbuat apa-apa yang boleh membuatkan sesiapa menyayangi.
Saya bukan siapa-siapa yang harus sesiapa hargai kerana diri saya sendiri tidak pernah cukup untuk menghargai sesiapa di sekeliling saya yang selalu ada saat saya gembira dan berduka.
Saya bukan siapa-siapa yang harus sesiapa rindui kerana diri saya ini tiada layaknya menerima rasa itu daripada sesiapa yang ada di sisi saya.
Saya bukannya siapa-siapa untuk mengutuk atau membohongi sesiapa kerana saya hanya orang biasa yang tiada hak untuk melakukan itu kepada sesiapa.
Saya bukannya siapa-siapa untuk merasa cemburu dan menyangka yang buruk-buruk kepada sesiapa yang melakukan kebaikan pada orang lain hanya kerana dia tidak melakukan sesuatu yang baik kepada saya.
Saya bukannya siapa-siapa. Tetapi saya cuba untuk menjadi sesiapa yang akhirnya bila dilihat dalam cermin itu saya sendiri tidak mengenali sesiapa dalam pantulannya.
Saya bukannya siapa-siapa sudah menjadi sesiapa yang ingin kelihatan tidak tipikal di mata sesiapa tapi akhirnya saya sudah menjadi seperti sesiapa yang tipikal.
Saturday
#19
RESEPI BISKUT COKLAT CHIP.
BAHAN-BAHAN
4 1 / 2 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
2 cawan mentega, dilembutkan
1 1 / 2 cawan gula perang
1 / 2 cawan gula putih
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
4 cawan cip coklat
2 cawan badam cincang (pilihan)
1/4 sudu teh garam
CARA MEMBUATNYA.
- Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tapi jangan sampai hangus.
- Pukul mentega/marjerin dengan kedua-dua gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan bahan2 yg telah diayak tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
- Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
- Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
- Terpulang pada masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.
Biskut dan Coklat adalah suatu yang sinonim..Kita boleh guna coklat untuk membuat biskut dan pada masa yang lain kita boleh guna biskut untuk membuat coklat. :)
Selamat mencuba!
Dah buat dua balang tadi.
Tak sempat raya dah habis dikerjakan. Lagi sekali buat nak tambah koko.
Btw lappy rosak. T__T
Labels:
perempuan,
random,
raya,
sahabat,
sweet sour life
Wednesday
#16 - Meriahkan raya
Masa aku kata rasa nak hantar kad raya pada kawan-kawan hari tu semua tercengang.
Siap ada yang kata aku ni kolot, tak huptodate jugak tak urban.
Sekarang zaman teknologi bhai. Semua benda di hujung jari.
Apa guna Facebook, Twitter, BBM, dan semua kemudahan yang ada?
Paling koman pun text ke call wish selamat hari raya sekarang nie.
Gasak korang lah bentak aku dalam hati ketika time tu.Aku jenis walking back down to the memory lane. Suka ingat balik perasaan teruja tulis kad raya pada kawan-kawan tu.
Dan bila tengok kat dinding or siling ada bergantungan kad raya. Itu trend 5,6 tahun lepas memang dah lama sangat tapi tahun ni rasa nak buat macam tu. Rindu tengok kad raya. Sebab makin lama aku rasa kemeriahan raya makin kurang. Tahun demi tahun.So, untuk naikkan semangat aku nak raya tahun ni serta ibadah puasa dijalankan dengan hampir sempurna maka dengan ini aku nak hantar kad raya.
Hantar kad raya salah satu usaha aku untuk meriahkan suasana raya neh. Tahun ni aku paksa diri buat biskut raya. Minta umi beli bahan-bahan, ajar cara nak guna oven dan mesin pengadun. Dari bulan lepas pulak aku pergi belajar menjahit baju Melayu. Cadangnya mahu jahit baju untuk abah dan adik aku. Alhamdulillah. Hari ni time entry ditulis 16/8/2011 both dah siap. :)Memang puas hatilah kalau dapat tengok abah and adik pakai raya nanti. Hasil tangan sendiri. Lepas penat lelah hampir menangis meroyan sakit semua semata-mata nak belajar buat baju Melayu.
Bersyukur gila sempat siap sebelum raya kalau tak merana. Nanti nak buat ketupat, bakar lemang masak rendang lagi. Tak masuk kemas rumah, main mercun main bungai api dengan anak jiran-jiran.Ohh, baju Melayu untuk si dia juga ada. Sekarang tengah buat poket baju. Harap-harap 2hari lagi dapat siap then post.
Dan tahun nie semuanya ungu. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)