Saturday

#19



 RESEPI BISKUT COKLAT CHIP.
BAHAN-BAHAN

     4 1 / 2 cawan tepung serbaguna
     2 sudu teh baking soda
     2 cawan mentega, dilembutkan
     1 1 / 2 cawan gula perang
     1 / 2 cawan gula putih
     4 biji telur
     2 sudu teh esen vanila
     4 cawan cip coklat
     2 cawan badam cincang (pilihan)
     1/4 sudu teh garam 


CARA MEMBUATNYA.

  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tapi jangan sampai hangus. 
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua-dua gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pada masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.

Biskut dan Coklat adalah suatu yang sinonim..Kita boleh guna coklat untuk membuat biskut dan pada masa yang lain kita boleh guna biskut  untuk membuat coklat. :)

Selamat mencuba!






Dah buat dua balang tadi.
Tak sempat raya dah habis dikerjakan. Lagi sekali buat nak tambah koko. 
Btw lappy rosak. T__T

No comments: