Friday

Siapa-siapa untuk sesiapa?

[link] Adakah aku menjadi siapa-siapa untuk sesiapa?

Saya bukan siapa-siapa yang harus sesiapa sayangi kerana saya tidak pernah berbuat apa-apa yang boleh membuatkan sesiapa menyayangi.

Saya bukan siapa-siapa yang harus sesiapa hargai kerana diri saya sendiri tidak pernah cukup untuk menghargai sesiapa di sekeliling saya yang selalu ada saat saya gembira dan berduka.

Saya bukan siapa-siapa yang harus sesiapa rindui kerana diri saya ini tiada layaknya menerima rasa itu daripada sesiapa yang ada di sisi saya.

Saya bukannya siapa-siapa untuk mengutuk atau membohongi sesiapa kerana saya hanya orang biasa yang tiada hak untuk melakukan itu kepada sesiapa.

Saya bukannya siapa-siapa untuk merasa cemburu dan menyangka yang buruk-buruk kepada sesiapa yang melakukan kebaikan pada orang lain hanya kerana dia tidak melakukan sesuatu yang baik kepada saya.

Saya bukannya siapa-siapa. Tetapi saya cuba untuk menjadi sesiapa yang akhirnya bila dilihat dalam cermin itu saya sendiri tidak mengenali sesiapa dalam pantulannya.

Saya bukannya siapa-siapa sudah menjadi sesiapa yang ingin kelihatan tidak tipikal di mata sesiapa tapi akhirnya saya sudah menjadi seperti sesiapa yang tipikal.

No comments: