Wednesday

#16 - Meriahkan raya


Masa aku kata rasa nak hantar kad raya pada kawan-kawan hari tu semua tercengang.
Siap ada yang kata aku ni kolot, tak huptodate jugak tak urban.
Sekarang zaman teknologi bhai. Semua benda di hujung jari.

Apa guna Facebook, Twitter, BBM, dan semua kemudahan yang ada?
Paling koman pun text ke call wish selamat hari raya sekarang nie.

Gasak korang lah bentak aku dalam hati ketika time tu.Aku jenis walking back down to the memory lane. Suka ingat balik perasaan teruja tulis kad raya  pada kawan-kawan tu. 
Dan bila tengok kat dinding or siling ada bergantungan kad raya. Itu trend 5,6 tahun lepas memang dah lama sangat tapi tahun ni rasa nak buat macam tu. Rindu tengok kad raya. Sebab makin lama aku rasa kemeriahan raya makin kurang. Tahun demi tahun.So, untuk naikkan semangat aku nak raya tahun ni serta ibadah puasa dijalankan dengan hampir sempurna maka dengan ini aku nak hantar kad raya.

Hantar kad raya salah satu usaha aku untuk meriahkan suasana  raya neh. Tahun ni aku paksa diri buat biskut raya. Minta umi beli bahan-bahan, ajar cara nak guna oven dan mesin pengadun. Dari bulan lepas pulak aku pergi belajar menjahit baju Melayu. Cadangnya mahu jahit baju untuk abah dan adik aku. Alhamdulillah. Hari ni time entry ditulis 16/8/2011 both dah siap. :)Memang puas hatilah kalau dapat tengok abah and adik pakai raya nanti. Hasil tangan sendiri. Lepas penat lelah hampir menangis meroyan sakit semua semata-mata nak belajar buat baju Melayu. 

Bersyukur gila sempat siap sebelum raya kalau tak merana. Nanti nak buat ketupat, bakar lemang masak rendang lagi. Tak masuk kemas rumah, main mercun main bungai api dengan anak jiran-jiran.Ohh, baju Melayu untuk si dia juga ada. Sekarang tengah buat poket baju. Harap-harap 2hari lagi dapat siap then post.

Dan tahun nie semuanya ungu. :)


No comments: