Showing posts with label fuckep up. Show all posts
Showing posts with label fuckep up. Show all posts

Tuesday

Intern Life Part 1



DAY 18


I just realized that all this time,
I flirted with another woman's husband,
a proud father of 3 beautiful babies.



Forgive me. 

I really don't know. 





Monday

Semester 6 Tahun 3



Aku jaga kain sendiri,
aku tak kacau orang lain.
Buat kerja sendiri,

Kenapa kau nak take care lagi pasal aku?

:')

Terima kasih, sebab ada.


***

Masih baru semester ini,
ramai kawan baru,
berkongsi cerita, tentang hidup tentang cinta.
Ahh memang tak lari kan dalam hidup remaja ?
Tapi makin lama makin bertambah topik bualan.
tentang politik,
tentang hak,
tentang hidup,
masa depan,
ibu bapa
juga
keinginan sebelum mati.


Sekurangnya, biarlah ada satu negara,
yang aku sempat pergi sebelum tutup mata,
tinggal dunia.

Aku juga mahu rasa, sejuknya lantai di Masjid Nabawi.
seperti mana yang diceritakan oleh mereka-mereka itu.

Mahu cuba tinggalkan satu titik dalam dunia,
tentang kehadiran aku.

Sunday

Semester 5 Tahun 3



Masih sama seerti dulu mungkin.

Tidak.
Semuanya berubah.
Makin addicted dengan online shopping,
makin ramai kawan yang aku harap tidak tikam dari belakang.

Makin sabar,
sesekali terlepas maki dalam hati,
mulut harap dijauhkan untuk menyebutnya lagi.

Makin faham,
apa rasa Umi, Abah.

Makin tahu,
apa itu susah.

Makin tahu
tahan diri,
dari terburu-buru.

Makin tahu,
aku tidak suka
orang langgar pantang aku.
Seperti mana,
mereka mereka tidak suka
aku langgar pantang mereka.

Makin tahu,
saya mampu sendiri.

Makin tahu,
hidup tak selalu indah
tapi tak semuanya selalu susah.

:)

Pelangi.
Asam garam,
itu nikmat hidup.

Thursday

Sekatan.



Kawan.
Masih tegarkan aku memanggil kau begitu?
Masih sudikah kau terima sahutan aku itu?
It hurt at first and still hurting inside now.

Tindakan kau buat aku tertanya,
apa salahku,
mana khilafku yang tidak kau gemari.
Kini seluruh dunia diibaratkan menuding jari.
Ku hitung kembali sisi sisi gelap,
ku capai kembali mana-mana daki yang bisa
membuatkan kau mengabaikan aku sampai begini sekali.

Masa berlalu kawan.
Luka sudah mula sembuh,
sakit semakin hilang.
Rasa pedih mula berlalu pergi, tetapi kenapa parut itu masih di sini?
Aku masih lagi mencari.
Satu jawapan yang pasti daripada mulut kau sendiri.

Aku mahukan jawapan daripada kau.
ya, KAU.
Bukannya daripada mulut puaka lain yang tak betah
dan selalu menambah bicara mengadun rasa
agar cerita bertambah enak seperti siakap tiga rasa.

Kini kau kembali.
Setelah puas bersembunyi di sebalik bayang diri sendiri.
Kau kembali dengan satu alasan,
dirimu dulu tidak matang, jadi kisah dulu harap dilupakan.

Apa kau ingat aku puas hati?
Kau boleh pergi mati!

Friday

Senyap

Aku ketiadaan apa-apa untuk dicoretkan di pentas maya ini.
Kini aku hanya memburu di alam realiti.
Mahu mencari sesuatu yang mampu aku miliki,
yang aku hampir pasti tiada di sini.

Bosan

[link] Serik dengan mereka. 


Bosan dengan segala layanan ini.
Bosan diibaratkan bagai batu di tepian jalan.
Bosan diperlakukan seperti tunggul kayu.
Bosan melakukan sesuatu yang hanya untuk memuaskan hati orang lain.
Bosan seperti mahu melarikan diri dari hakikat hidup ini.
Bosan.
Bosan sehingga aku mahu berhenti.
Mahu menyendiri sampai habis penghujung waktu ini.
Tanpa mereka yang hanya tahu menghargai apabila aku mahu pergi.

Merajuk & Memujuk

[link] : It takes two people to make a relationship and two hearts to fall in love,but it takes only one to fight and the other one gives up, in order to fix it, it takes two to build it up again.

If gegirl and geguy in relationship itu perkara biasalah kalau bergaduh kan?
Contohnyalah kan time bercalling-calling nak melepaskan rindu dendam. Aha

Memula tu maniss je perbualan. Cakap elok-elok, lembut je suara yealah kan rindu.
Duk bercerita bagailah perihal apa kita buat seharian tu kan.
Then in the middle tu ; geguy selalulah yang buat halnya konon ada skandal lah, tertido lah salah cakap apa semua, nak ngusik si gadis and si gadis autonya merajuk, konon-konon nak bermanja.
Kalau terlebih sensitif ke bulan mengambang time tu siap boleh menangis laju-laju.

Kalau ada yang pesen ganas sikit dia marah-marah boyfie dia. Yang ni jenis keras hati keras kepala.
Jenis tak makan pujuk. Biarlah boyfie minta maaf ke buat lawak ke buat magik still tak boleh keluarkan senyum tu takut berkedut. Padahal masam mencuka tu ingat muda selamanya ke?

Gegurl you are lucky tau sebab kalau awak merajuk, sensitif bagai, marah-marah, ada orang
yang sudi pujuk, sanggup dengar awak membebel, marah, maki apa semua.
Tak semua yang couple dapat orang macam tu. Ada yang dapat jenis geguy yang kaki pukul, panas baran tak ke naya dorang. You all dapat yang baik nie tolong hargai siket okey?
Yang dapat guy yang pandai pujuk, sanggup bersengkang mata memalam buta dengan you all membebel,
mengada apa semua. Heh.

Jadi untuk itu bila si geguy berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk anda cubalah hargainya. Senyum walau hanya dipanggilan telefon kerana kita senyum pun orang di sebelah sana mampu merasa walau tidak mampu melihat senyuman kita.

Plus my baby ngadew-girfie, kau kena ingat lelaki sikapnya tegas, egonya tinggi. Ingat senang-senang macam tu ke dia nak pujuk a girl if dia tak sayangkan a girl tu betul-betul? Kalau kemain beriya dia pujuk kau, kau buat ignore lagi tu taktaulaa kann.Jadi kalau dia dah pujuk tu tak payah nak buat perang dingin lelama, kang kena sambar baru menangis tak berlagu.
BOO! Padan muka you. ahha

Kalau sikit-sikit touching, sikit insecure sikit-sikit marah haa kirim salam jawabnya.
Tak larat jugak dia nak pujuk kau lama-lama sayang oii.
InsyaAllah tak lama lagi kau keseorangan balik gamaknya.
Ini hanyalah pesanan khidmat masyarakat kepada semua yang mahukan long-lasting relationship.

Sila terasa kepada mereka yang suka carik pasal dan sila berbangga mereka yang menjadi gentleman.
Sekian.

Wednesday

Cemburuuu!

Hei perempuan jeles tak tentu pasal!!! <----- Merujuk diri sendiri

 
[link] Ubatilah diriku dari penyakit hati ini. :(

Dalam kau duk jeles tak tentu pasal dengan kebahagiaan and kegembiraan orang lain tu, duk cakap "Untunglaaa", " Untunglaaakaann ada orang sayang" kau sedar tak yang kau pun ada orang yang cemburu.?

"Ehhhh! Ada orang cemburu dengan aku? Kenapa dooe?"

Sebab kalau tengok di sekeliling kau, with happy family, loyal friends, faithfully boyfie*bajet
mana mungkin tiada yang cemburu. Every human sekurang-kurang mungkin ada rasa cemburu kat orang lain. Sikit pun. Sebab dia takde apa yang kita ada dan dia juga masih belum cukup menghargai apa yang dia ada. Cemburu pun ada dua. A bad way or a good ones. Thus, yang bad tu minta jauhlakan. Yang good nie mungkin like ;

"Ohh, jelesnya tengok dia sambut birthday dengan kawan-kawan dia. Hurmm, aku pun nak suruh coursemate sambut birthday aku lah, aku sanggup sponsor semua so that dorang celebrate birthday aku."

Now you see? Yang baik nie not that baik la, means dia nak upgrade lebih sikit dari apa yang dia jeleskan tu, yang bad pulak macam nie,

" Heh, dia ingat dia ada puaka, dia hebat.? Jagalah kau perempuan, aku rampas puaka tu dari kau jadikan dia milik aku!"

Looks nie bukan takat jeles siap nakrosakkan kebahagiaan orang lain lagi. Busuk hati betei kan?
But then people, perempuan kalau dah cemburu sangat MENAKUTKAN. Siap ada quote lagi, maybe sounds like this ;

People that can do a better research than FBI;  Jealous Woman.

LOL That's why lah kot perempuan memang stalker terhebaddd! FB post yang lama-lama pun dorang tahu doe. Isk isk banyak betei masa stalk kalau belajar memasak menjahit kan bagus? Kompen dah siap sepasang dua baju melayu.


[link] kan? selalunya orang yang cemburu nie hidup dia menyedihkan. 

By the way babe, the best way to stop this jealousy is too stop comparing yourself with other. Cuba kau listkan benda yang orang  lain ada and apa yang kau ada. EH. itu pun compare right? -______-' kau tengok apa yang kau ada. Bersyukur. Easier type than done but try. Apa yang penting kau ada positive thinker around you to bluntly said yang

"You tahu tak yang you special sebab you have mea. Orang lain mana dapat I tapi you senang-senang je dapat, dahlah I nie hot stuff, handsome lagi, perempuan beratur tau nak duduk sebelah I kalau I pegi kelas."

Tapi dah namanya manusia, mana nak sedar kekurangan orang lain except bab mengumpat ke hape right.? Kemain duk sokseksoksek dia pakai mini skirt weyh, perempuan tu kan dia single sebab dia takde rupa. Tskkkkkk. Semua diberi kesedaran 5saat kalau tengok orang lain guna Samsung Galaxy Notes, dia pakai BB je untuil dia ternampak orang yang takde tangan. Heh, oke tak aku punya example?

Tapi kan sebenarnyaaaa, orang yang cemburu nie selalu rasa insecure. Rasa dia not good enough untuk other people. Dia rasa diri dia well just plain Jane. Like me. Yeah.

[link] upgrading your self-esteem should be oke. kau terbaik sayang. remember that.

Mungkin jauh di sana ada orang yang sedang cemburu sama kamu,
kerana begitu disayangi oleh dia.
Walaupun kamu seringkali menyakiti hati tetapi si dia masih lagi
setia memegang janji yang sudah dimeterai.

Mungkin jauh di sana, ada sesiapa yang merasa bertuahnya kamu,
bila namamu sering terukir di bibir mulus itu tiap detik dan waktu,
diingati dalam setiap doanya,
agar Ilahi memberi peluang untuk kamu sentiasa bersama dia.

Jealousy will come.  Kau tak boleh hilangkan semua, but you can learn to control it.  When it comes, be prepared. Sayangi lah diri kau sendiri lebih sedikit dari orang yang kau duk jeles tu. By the way apa yang aku paling jeles nie? 

[link] seriously yes.

Tuesday

Dia Lelaki.

Err. Ini entry mengarut untuk sang puaka.


Dia lelaki.
Hadirnya tiada dinanti, perginya buat hidup terasa sunyi.
Walau bukan dicintai, dikasihi itu pasti. Betapa singkat perkenalan kita,
tapi dia kini sudah melekat kuat dalam satu sudut hati.

Betapa puakanya dia di sebalik keramahan itu, terselit sejentik kesedihan dek orang yang disayangi pergi menjauhkan diri. Aku pasti sentiasa terselit di balik tiap kata puakanya, senyum tawanya hanya untuk menutup luka yang sudah buat jiwanya parah, buat dia rebah ke tanah, menangisi dalam diam kesayangannya itu. Tapi dia bertuah, rahmat menghampiri, kawan di sisi mengelilingi memberi sedikit magis penawar hati untuk dia membina kekuatan untuk bangun kembali. Dia perlu bangkit dan menatap bulan kesayangannya, perlahan berjalan sebelum kembali berlari merasai angin yang mendayu mengusapi diri.

Ahh, dia lelaki.
Bisa saja buat hati beku sang gadis cair dengan olahan tutur manisnya, dengan kerdipan mata sepetnya,
dengan perangai gila-gila serta puakanya tak kira masa.. Mampu saja dan pasti ada yang memerhatinya dalam diam menyimpan rasa hati untuknya tapi dia masih setia, tetap memegang tangkai janji gula hati. Dia kini sedang mencuba melupakan, membina cinta baru di balik duka lama. Dia lelaki yang bisa saja buat seorang sahabat yang kesedihan meletuskan tawa menggambarkan jiwa gembira,bisa saja dia buat seulas bibir mulus terukir senyuman kembali walau mutiara jernih masih mengalir di pipi.

Ahh, engkau lelaki,
kawan tiap detikku, peneman saat ku perlu, lawan di medan pertarungan itu, kekasih gelapku tika cahaya mulai kelam. Betapa besar peranan kau di sisi kini. Tanpa disedari kedatanganmu dulu yang tiada dijemput membuatkan kau sukar dilepaskan kini. Kehadiran kau dalam hidup sudah sebati dalam diri, dalam setiap darahku, dalam setiap urat-uratku, dalam tiap simpulan nafasku.

Kau, lelaki,
moga persahabatan kita takkan terhenti walaupun kau sudah putih rambutnya, sudah tanggal semua giginya, beristeri lebih daripada dua, bertongkat sambil mengelek cicit pula. Kumohon kau lelaki, agar tahap sindiran sinis, gurauan puaka itu tidak akan hilang ditelan masa. Semoga kita dapat berjumpa suatu hari nanti.
Ya suatu hari nanti, pasti kau juga menanti saat itu, kerana bukankah aku kesayangan kau lelaki?

Friday

What happens in 2011?

 
[link] too many wish that I hope can comes true.
  • I end up my fight with a friends from Facebook.
  • Learn to sew Baju Melayu to my beloved.
  • Be more matured, perhaps ;p
  • Gain my confidence.
  • Start dieting, AT LAST. lost 7kg is a good things for me. ngee.
  • Gain more awesome friend ! cc Sang Puaka dan segala skandalnya.
  • Naiss roomate  for sure. I heart them.
  • Have a perfect time ending my semester 3 by winning Arabic competition and have a potluck party with friends.

I do hope that 2012 will be more awesome. :')

Perhaps being someone's wifey. Eh?