Thursday

#9 - Senyum


Si rambut hitam ikal mayang, punya mata redup mata memandang, kulit cantik bak bulan mengambang, paras buat orang tak lepas pandang tambah pula dengan segaris senyuman menawan. Bikin jantung aku berdegup kencang. 
  
Getting tachycardia whenever he smile. Ohh boy. Do you know that you're so adorable?

Tachycardia a disorder of heart pulse that is when the heart beating too fast. Damn.
Selalu dapat tachycardia sekarang. Pelik. Kerana tiada kata diungkap, cuma senyuman itu terukir. Dia bercakap melalui matanya yang sayup itu. Mata penuh dengan harapan, penuh derita, mungkin juga penuh cinta?
Hati yang mula terkulai layu kembali disirami hujan kemanisan senyuman itu. Hari lebih bermakna bila garisan ini mula terukir di sekitar hati.
Gula jadi masin. Kopi rasa hingus. Mandi dengan pasir. Tidur mata buka. Baring atas duri. Buku habis nikmat. Drama macam haram. Angin sudah mati. Baju usah gosok. Lagu hilang indah. Puisi lancar tidak.
Celaka senyum itu,
Serabut jantung aku.
~Fynn~

1 comment:

Anonymous said...

ambOoi..
tgkap jiwang...