Saturday

#10 - kacau

Hujan renyai membasahi bumi. Gadis payung merah jambu berjalan perlahan di samping si Chinese look itu. Dalam hati dia berjanji, biar apa pun terjadi dia tetap setia menyelusuri perjalanan hidup bersama sang lelaki yang mencuri hati.
Dia menunggu. Menunggu dan menunggu. Tetapi sang gadis bagaikan lenyap. Tiada langsung jejak yang ditinggalkan seolah-olah si penawar itu tidak wujud langsung di dunia ini. Bagaimana dia mahu meneruskan sisa hidup ini?

Sang gadis rupawan mengangkat muka merenung dada kelam yang disinari bintang gemerlapan. Tidak terlalu tinggi pandangannya ke dada lagit agar mutiara jernih di sudut mata itu tidak jatuh ke bumi. Betapa dia sudah hilang cahaya. Hilang segala kudratnya. Setelah terlalu lama menahan sakit menahan derita demi sang lelaki yang bertakhta dalam hati. Akhirnya dia nekad bawa diri ke ke bumi kanggaru itu.
Mereka semua sedang meniti masa hidup yang bahagia berbunga-bunga serta perjalanan berduri. Yang aku hanya mampu lihat dari jauh mendoakan mereka agar tetap tabah berdiri menyusun kudrat untuk menapak selangkah demi langkah sebelum bahagia mengelilingi.

No comments: