Tuesday

Ditinggalkan & Meninggalkan.

[link] : adakah cinta itu pernah semekar bunga ini?

Khabar berita mengatakan bahawasanya antara kesayangan aku ditinggalkan oleh si dia yang disayangi. Ditinggalkan mungkin kerana kehadiran orang ketiga yang lebih baik dari segala segi walaupun kesayangan aku itu sudah lama bersama dengannya. Berjanji setia, memberi kasih dan cinta namun semua itu bagaikan debunga yang hilang bila ditiup angin.

Orang yang ditinggalkan bagaikan separuh gila. Jiwa terasa kosong, hati sudah hancur berkecai. Semuanya mengenangkan si dia yang pergi ke pangkuan sang jejaka lain. Apakah dulu dia yang hanya menaruh harapan sedangkan gadis itu hanya mahukan teman. Tetapi teman apakah yang mahukan kesayangan aku itu selalu berada di sampingnya? Walaupun tidak mahu diikat dengan satu nama perhubungan. It's okey if both of them mengerti bahawa hati keduanya sudah dimiliki. Jika tidak mahu memberi hati kenapa mahu lagi dia di sisi?

Seharusnya lebih enak jika kau yang hanya mahukan teman ketika bosan atau buat sementara melayan dia hanya sebagai kawan BIASA. Usah memberi harapan atau layanan mesra yang boleh buat orang salah sangka. Hello, walaupun perempuan lebih mudah tersentuh dengan perbuatan sweet dari lelaki seperti tolong memayungkan dia di waktu hujan, but then kau kena ingat sekental-kental hati lelaki segagah-gagah 6pack yang dia ada, tetap ada taman dalam hati. Batu jika asyik dititiskan air juga akan lekuk apatah lagi hati.

[link] : Sesiapa saja akan tertanya-tanya sebab dia ditinggalkan.

Selalunya jika situasi ini berlaku di sekeliling aku mangsanya ialah perempuan. Tapi kali ini situasi itu berbeza apabila lelaki itu menjadi mangsa perempuan yang lemah lembut itu. Ahh aku bukan melebihkan lelaki cuma situasi ini agak asing bagiku. Maybe bukan si gadis juga salah, bukan jua si lelaki mungkin keadaan yang memaksa semua ini berlaku. Perasaan tidak boleh dipaksa. Malah diri sendiri juga tidak mampu mengawal bila mahu jatuh cinta tetapi kita boleh kawal rasa itu dari terus berkembang mekar. Agar tidak melukai hati sekeliling kita malah diri sendiri.


Apa pun aku berharap sang jejaka itu terus bertabah hati walaupun gadis kesayangannya sudah pergi, mungkin orang ketiga itu juga tidak mengetahui bahawa dia sudah melukai seseorang tanpa disedari. 


[link] : Ini peringatan untuk kau sayang. 

No comments: