Kau rasa kau baik padahal kau tak sebaik mana. Pernah tak kau di satu momen di mana kau pernah rasa kau tak layak langsung untuk dapat layanan atau pertolongan orang sebaik itu.? Sebab kau rasa kau bukannya sebaik mana. Banyak cela sampai kau tiada terkira.
Kau tak pernah buat sesuatu yang cukup baik pada pandangan kau untuk dia. Sampai satu ketika, bila kau marah-marah dia, meninggikan suara dia masih lagi setia dengan suara lembutnya baru kau sedari bahawa kau menyakiti hati insan yang menyayangi diri buruk ini.

[link] Aku selalu tertanya apa dia rasa, tiap kali aku meminta kebebasan?
Kau meminta maaf dan keampunan darinya serta berjanji perkara itu takkan berulang lagi tapi, janji hanya tinggal janji. Perkara itu menjadi juadah harian sampai kau akhirnya naik bosan dengan perlakuan sendiri. Bagaimana dengan dia yang terpaksa menelan segala kata-kata kasar kau itu. Emosi memang tiada timbang rasa bila tidak dikawal sepenuhnya oleh akal apatah lagi nafsu emnguasai hati. Emosi terus memainkan peranan untuk kau bermuram durja dan bersuka ria dalam satu masa. Kala aku mampu, adrenalin yang mengalir laju aku mampu buat kau senyum, tetapi pabila ku rasa gentar dengan apa saja perkara remeh mahu saja aku putuskan segala hubungan dengan kamu untuk elakkan daku ditusuk sembilu tanpa memirkan apa kesan pada kamu. Walhal, ternyata sudah aku lupa, hati yang dulunya berjanji takkan disakiti ditinggalkan kini bisa lemas dalam genggamanku sendiri. Semuanya salahku sendiri.
Hanya aku dan aku yang bisa merubah diriku sendiri. Orang lain hanya mampu menjadi pembangkit semangat, pendorong untuk aku kekal berubah hingga aku mampu berdiri atas kaki sendiri dan menjadi orang yang aku sendiri sukai, sebelum aku membenarkan orang lain menyukai aku. Hanya aku yang mampu.
No comments:
Post a Comment