Sunday

entah

Suasanan hening menyelubungi malam sejuk ini,
Kini daku terdampar dalam lautan kesedihan.
Betapa cemburu hati melihat sang bulan diliputi awan,
ditemani bintang-bintang kesayangan.
Aku?

Hanya satu bintang yang cahayanya kian suram,
malap yang bila masa saja boleh padam,
hilang dalam gelap malam.

Hati dibalut duka luka lama,
dihantui janji yang akhirnya memakan diri sendiri.
Aku mahu kekuatan Tuhan
untuk menamatkan semua ini.

Biar kesunyian jadi milikku sendiri.


No comments: