Sunday

#20 - Dia





Semua orang ada impian ni. Mungkin hampir keseluruhannya. Mahu ada teman di sisi untuk menemani and menyayangi diri kita sendiri. Itu memang kehendak manusia yang memang sedia ada untuk mencari pasangan masing-masing. Tetapi berapa ramaikah yang jumpa dengan apa yang mereka mahu? Sudah berapa ramai yang tersilap langkah menghancurkan masa depan sendiri demi mencari si dia yang pasti akan bersama sampai ke tua nanti?

Usia yang muda masih mentah membuat kan ramai yang tersilap langkah. Begitu juga aku. Hanya lah kanak-kanak yang baru mahu mengenali dunia. Masih tidak tahu, masih tidak kenal jerung,buaya dan serigala di luar sana. Harap pengalaman yang hanya segemggam ini mampu membantu aku menongkat arus kehidupan yang masih tersisa pada nyawa yang entah berapa lama lagi masih punya masa. Ku mengharap agar yang berkuasa memberikan aku peluang untuk membuat sesuatu yang aku mampu banggakan nanti. 
Yang pasti aku takkan kesal, takkan menangisi malah aku mahu senyum sendiri bila mengenang kembali memori itu.

Aku sudah jumpa orang yang seperti dinyatakan dalam gambar di atas. Hampir kesemuanya ada. Cuma aku taktahu samada dia betul jodoh aku dan selama mana aku dengan dia. Tapi Ramadan ini aku terusan berdoa meminta bahawa biarlah dia jodoh terbaik untukku. 10 malam terakhir ini aku lebihkan usaha untuk meminta padaNya agar kurniakan kebahagiaan aku dan keluarga di dunia dan akhirat. Dan juga, semoga aku pun menjadi pilihan terbaik untuk menjadi suri hatinya.

Tuhan, makhbulkan doaku. 
Aminn.


1 comment:

.sakura91. said...

i found him. beb, doakan kami kekal sehingga ke anak cucu cicit ea <3