Wednesday

#2

"Kalau lelaki tu betul-betul cintakan kamu, dia tak akan even sentuh jari kamu. Tapi kalau dia still sentuh, maka ia adalah satu penghinaan bagi kamu wahai perempuan." - Wardina Saffiyah ♥
Trust me girls, once you let a guy touch you,they can never stop. - Cursing Malay
Both of this quote is linked to girls. Ya perempuan. Perempuan yang kuantitinya lebih ramai di Bumi ini berbanding lelaki. Perempuan yang dijaga oleh Allah, tak mungkin akan disentuh hati dan jasadnya oleh arjuna-arjuna celaka kecuali mereka yang diizinkannya. 
Aku nak share benda nie sebab aku perempuan juga. And kejadian nie pernah berlaku kat aku dulu. Well, time muda dulu zaman kegemilangan di sekolah menengah. Cinta monyet, masa tu percaya yang si dia adalah segalanya. He's the one lah konon-kononnya. Walhal time tu baru setampuk pinang, hidung masih berhingus lagi. 
Dulu tu macam tak menjaga sangat, kalau tertepis tangan tu tak ada rasa apa. Cubit bertepuk tampar almost rasa dah macam biasa. Mujur setakat tu. Tapi sekarang nie, bila dah besar sikit rasa bersalah gila-gila. Padahal aku tahu benda tu salah tapi aku buat juga. Dek mahu bersuka ria bersama teman tanpa kira jantina serta batasan yang perlu dijaga.  Malu dengan Tuhan. Rasa menyesal sebab umi dah pesan jaga diri baik-baik. Rasa kecewa dengan diri sendiri sebab lemah sangat time tu. Ikut sangat rasa hari darah muda yang membara. Langsung tak ingat dah dosa pahala.
Now, bila dah rasa nak serius dengan Vanilla, rasa bersalah membengkak dalam dada walaupun dah bagitau dia. Meskipun, aku tahu masa silamnya tapi tetap terasa betapa kejadian masa dulu memang rapat berkait dengan masa kini dan juga masa depan. Kesannya memang terasa pada mental aku sekarang. This is the biggest lesson that I get now. Nak buat apa-apa pun sekarang, kena lebih cautious, impaknya mungkin tak kelihatan ketara mungkin kita rasa tak ada apa-apa pun but a few years later?
Live your life orang kata. Buat apa saja kita suka sementara masih bernyawa. Masih menghirup saki baki oksigen yang ada, masih punya tenaga untuk berjimba-jimba. Tapi buat apa pun masih ada batasnya. Kita ada agama, kita ada guidance untuk kita bersuka ria dengan cara yang ditetapkan. Jika diteliti, semua itu langsung tidak menyusahkan kita.
Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah menyayanginya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu kita kembali dijagaNya.
p/s : Bulan Ramadan ni, home Facebook dipenuhi dengan hadis, kata-kata hikmah, status update sahur, berbuka, bertadarus dan berterawih. Inbox aku dipenuhi dengan spam selamat berpuasa. Hari ni Fb mereng banyak. Sekian.
 

3 comments:

Anonymous said...

mohon kopi ayat berink merah ituuu.... :D

Danish. said...

sila sila. itu pun amik dari org lain xD

Sherra Azis said...

suka post ni . nice dear :)