Sorry kawan.
Aku tak bermaksud begitu.
Nak menyusahkan engkau.
Maaf.
Aku susah nak kongsi masalah dengan orang lain.
Tiba-tiba jumpa kau.
Rasa selesa.
Sebab tuh aku cerita semua.
Yea.
Aku dah melebihi batas kali ni.
Tak patut selalu susahkan engkau.
Buat kau sentiasa dengan aku.
kau juga perlu masa sendiri, kan?
Salah aku juga.
Insan yang hina dina ini.
Bukankah DIA masih ada.?
Aku lupa, aku alpa.
Tentang kebesaran Maha Esa.
Yang akan sentiasa ada.
Takkan pernah pergi.
Yang sentiasa mendengar.
Yang akan makhbulkan doa-doa insan yang bertakwa.
Ya Allah,
ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini.
Hinanya aku.
Di saat susah begini,
baru mengingati, baru menyedari kehadiran-Mu
Disaat senang riang gembira tertawa,
Saat-saat waktu luput baru menghadap Yang Maha Esa.
Ku sujud padaMu.
Ku mohon keampunan-Mu
Buangkanlah sifat-sifat mazmumah dalam hati yang hitam ini.
Dilitupi oleh debu-debu dosa.
Berikanlah hamba-Mu ini
sifat-sifat mahmudah..
yang menenangkan jiwa, menyenangkan hati insan-insan lain.
Berikan daku kekuatan untuk sentiasa
tabah dan tenang menghadapi dugaan hidup-Mu.
Janganlah daku lemah mudah terpedaya dengan nikmat dunia.
Awak, saya minta maaf yea.
Dari hujung rambut hingga hujung jari kuku kaki.
Awak amat baik, dan saya amat menghargai.
Tapi cukuplah sampai di sini.
Saya nak selesaikan sendiri,
segala masalah hati,
agar saya lebih kuat
di kemudian hari.
Nak menjadi lebih matang
agar diri tidak mudah menangis lagi.
Tapak kaki :
Dah remove dari laman sosial.
Penat main ping pong.
Mahu tidur yang lena agar esok hari bersinar semula.
No comments:
Post a Comment