Sunday
Senyap
Saya,
tak ada cerita baru.
Tak ada benda nak diceritakan di blog ini.
tak ada nak buat review buku Fixi atau mana-mana buku daripada Lejen Press.
Saya,
tak ada idea mahu berpuisi,
tak ada kata indah untuk memuji si dia yang tercinta.
Saya,
tak tahu apa itu Give Away,
tak pandai nak melukis doodle semua,
tak reti nak edit blog buat header.
Saya,
sebenarnya dah hilang kata.
dah tak ada idea nak tulis apa.
sebab itu senyap saja.
Tapi saya tetap baca, perkembangan anda semua.
Kepada yang dah keluarkan buku, TAHNIAH.
anda sudah berusaha.
Kepada yang dah bertunang dan berkahwin, TAHNIAH.
Anda sudah memulakan komitmen anda untuk hidup bersama yg tercinta.
Kepada yang di sana sini, saya harap anda semua jumpa,
apa erti hidup, apa makna sayang, apa itu sorga dunia
sebelum kita sama-sama sujud pada-Nya.
Labels:
insan biasa,
perasaan,
perempuan,
wordless
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment