Wednesday

dua dan satu


Sesungguhnya saat jari ini mengetuk papan kekunci, aku masih lagi tertanya,
apa yang mahu dicoretkan hari ini.

Mahu menyatakan apa yang ada sudah cukup?
Aku menipu, aku mahu semuanya menjadi lebih baik.
Lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

DUA PULUH SATU.

Masih lagi kanak-kanak.
masih lagi bertatih,
masih lagi hijau
dalam mengenal dunia.

Tapi sudah calar tangan dengan luka,
parut penuh pada lidah,
hati hitam dengan noda.

I am alive, right now,
and for that,
I am thankful.

Thank you Allah.

Masih lagi bernafas di bumi bertuah,
mencari sesuatu untuk lebih kenali segala nikmt-Mu.
Moga tidak hanyut dalam lautan sementara
Kuatkan bahuku,
Tegapkan dadaku,
agar tidak tumpas.


No comments: