Wednesday

Semalam

Semalam aku boleh saja bergelak ketawa,
hari ini aku kering air mata.

Semalam petah saja aku berkata,
Hari ini terdiam tanpa suara.

Semalam pantas saja aku keluarkan fakta,
Hari ini lidah tersimpul seribu lupa.

Semalam boleh saja aku cinta,
Hari ini aku murka segala.

Semalam mahu saja aku cuba semua,
Hari ini aku tiada mahu bangkit dari ranjang selesa.

Semalam aku rasa nikmat dunia,
Hari ini, aku terasa terbazirnya masa.

Semalam mulut aku manis macma gula,
Hari ini, terasa pedasnya lada.

1 comment:

Felly Sophia said...

Hari ini lebih indah dari semalam? Tidak juga.