Aku baca.
Tanpa rasa.
Mamah semua.
hadam.
Sehingga satu tika, entri itu menjelma.
Tangis mula menerpa.
Mutiara jernih keluar berlumba.
Tanpa aku sangka
Mungkin temani hati duka.
yang sudah aku lupa.
Memori lama imbas kembali.
terus berputar dalam minda ini.
Ah, sungguh aku benci.
tapi, memang betul.
air mata hanya untuk orang yang dikasihi.
dan
mungkin juga kerana kelibat Ramadan semakin menghampiri?
Hanya Tuhan yang tahu.
Rujuk entri
ini dan
ini. Oleh Nizam Bakeri.
No comments:
Post a Comment