Mungkin dia lagi baik.
Mungkin dia lagi cantik.
Mungkin dia lagi mesra.
Mungkin dia lagi memahami.
Mungkin dia lagi lembut tuturnya,
Mungkin dia gemalai langkahnya.
Mungkin dia bisa buat kamu melihatnya tanpa berkelip mata.
Segalanya mungkin, sayang.
Mungkin dia dah tinggalkan satu kesan dalam hati,
yang tak mampu saya tandingi.
Mungkin dia juga lebih segalanya daripada saya.
Mungkin saya kepada anda adalah sampah.
Hanya diambil ketika mahu,
ditinggal bila tak perlu.
Ya, segalanya mungkin.
Mungkin kerana saya seorang yang baran orangnya,
Mungkin kerana saya yang selalu cemburu ibarat si pemegang tongkat putih,
Mungkin kerana saya yang bisa menangis kerana benda remeh,
Mungkin kerana saya yang selalu gusar dengan tiadanya kamu,
akhirnya kamu lemas dengan semua penangan sikapku,
lalu kamu berlari.
Mencari seseorang yang lagi memahami,
lagi baik hati dan menyenangkan hati.
Mungkin saya tidak bisa ukir kata indah,
atau mungkin saya tidak mampu syairkan anda
satu puisi yang bisa menyentuh jiwa,
Mungkin tangan saya yang kasar, tidak dapat memberi
usapan mesra pada rambut kamu.
Segalanya mungkin.
Jadi kerana itu,
mungkin adalah sebab kamu tinggalkan saya untuk dia?
mungkin saya yang tiada apa-apa.
mungkin saya yang tidak layak untuk punya siapa-siapa.
mungkin saya juga tidak bisa bersama kamu untuk selamanya.
Ya, semuanya mungkin
No comments:
Post a Comment