ihsan tumblr
Hatinya memang sudah pasti berada dalam genggaman awak.
Bukan dalam dakapan saya.
Awak, awak tak usah cemburu.
Kerana kami hanya teman biasa,
Melepak hanya sekadar bicara tentang hidup, tentang dunia.
Bukannya berborak mesra, menggauli cinta.
Kerana awak,
awak sudah di hati dia.
Awak, awak tak usah cemburu.
Mesranya kami hanya suatu ketika dahulu.
Sebelum awak muncul dan ceriakan dirinya.
Buat hidupnya bertambah warna.
Setelah beberapa hanya ada duka.
Dan saya hanya jadi peneman setia saja.
Awak, awak tak usah cemburu.
Kerana saya sudah bataskan diri saya dan dia.
Agar awak tidak terganggu.
Agar hati awak tak sebu.
Memikirkan saya dan dia.
yang sudah pasti hanya teman biasa
tanpa punya ikatan istimewa.
Awak, awak tak usah cemburu.
Kerana saya lihat sinar di matanya,
bercahaya ibarat sang suria,
pabila dia berkata-kata tentang awak.
Cukupkah itu sebagai bukti, bahawa dia cinta?
atau awak mahu saya buat apa?
Awak, awak tak usah cemburu.
Rasa itu pasti membunuh hati awak,
memberi pedih sampai ke hulu.
Kalaupun saya pergi, pasti awak curiga.
Jikalau tiba-tiba saya kembali semula.
Pasti rasa itu kembali menerpa ke seluruh dunia.
Jadi awak,
awak tak usah cemburu.
Walaupun cemburu itu lumrah pasangan bercinta.
Walaupun cemburu itu perkara biasa.
Walaupun cemburu itu sakitkan jiwa.
Jangan awak cemburu.
Saya bukannya siapa-siapa.
Dalam hati dia.
Berbanding awak, sayang.
Yang menjadi bunga-bunga di dalam hatinya.
3 comments:
Saya rasa perempuan itu untung.
Sangat beruntung. saya harap dia sedar bahawa lelaki itu sangat sayang pada dia.
cepat2 kawin la perempuan ni.. hik hik hik..
Post a Comment