
[link] serasikah kita bersama si pencuri hati untuk sampai ke tahap ini?
Bila hati sudah kering, rasa sudah tawar,
cinta sudah goyah, sayang mula hilang,
adakah hubungan itu hanya tunggu masa untuk rebah?
Masihkah mampu disemai rasa percaya,
bila sudah berkali dicalari oleh kata sakti yang menusuk hati.
Mungkin ini salah sendiri, keyakinan tidak tinggi
kerana diri ini sungguh takut untuk kehilangan lagi.
Mahu ku rentap saja semua rasa,
agar akhir kali aku tidak terpana,
oleh keputusan dibuat atas rasa yang sementara,
yang pastinya buat aku sengsara.
Maaf wahai pencuri hati,
walau kau sudah buat aku tidak jejak bumi,
melangkah di awangan tinggi,
tapi masa ini mungkin bukan untuk kita lagi.
Kita akan berjumpa suatu hari nanti
itu pasti,
tapi bukan lagi sebagai kekasih hati.
Maaf sayang.
Kini aku terkalah.
Mungkin sahaja mengalah.
Sakitnya rasa, menikam alur jantung,
Sakitnya rasa, menikam alur jantung,
membuatku sesak dada,
kepala sirna.
Aku mengalah jua dengan rasa pilu
yang sudah mendiami diri.

No comments:
Post a Comment