Monday

M untuk Misai

Hello readers,
 
Hari ni aku kuatkan semangat aku, dengan gigih menaip entri ni. Hari ni aku nak cerita pasal MISAI. Ada sesetengah perempuan kan memang tak boleh langsung mengadap lelaki bermisai, berjanggut apa semua. Mungkin rimas atau geli dengan bulu-bulu kasar di muka lelaki tu. Tapi ada juga sebahagian perempuan yang fanatik dengannya.Mungkin sebab lelaki bermisai ini nampak lebih sexyy, macho dan bergaya. Lebih matang dan nampak keabang-abangan bagi mereka. Misai ni kan selalunya dikaitkan dengan lelaki. Tapi kali ni aku nak bercerita tentang misai dan perempuan.


Okeyy girls, yang ini biasa kita lihat.

But this one? On girls? Jarang tapi memang ada.

What is all this about? Well, actually this entri based on my sister suddenly pointing at my cousin and cakap dia dah ada misai. Sebelum this tak perasan, sebab kulit dia yang agak tidak fair and lovely, cuma bila dilihat dari dekat baru nampak. Bila check balik ternyata memang betul ada misai. Cousin aku dengan gelabahnya bergegas nak shave but aku warning dia, bimbang nanti tumbuh makin lebat kalah Sarjan Misai pulak, mahu tak haru kena shave hari-hari. Tambah lagi kalau shave confirm nanti tumbuh balik bulu-bulu tuh jadi lebih kasar compared dengan yang sekarang ni masih lagi halus. Misai yang aku katakan kat sini ialah bulu-bulu halus yang ada atas bibir okeyyyyyy bukan yang lebat and bulu-bulu kasar macam dekat lelaki tu.

Bulu-bulu halus nie selalunya lebih mudah diperasan kalau perempuan tu berkulit cerah. Memang nampak dengan obviouslah. Actually this so called misai, tak ada hal sebenarnya, just ada some people yang buat ia nampak sangat pelik. Siap pandang tak berkelip lagi. Jeling jeling tu tak payah cakaplah macam nak telan je tahu. Naturally, semua girl ada bulu roma kat bibir nie, usually nipis, pendek and halus sahaja.Just ada yang some of them yang obvious.

But girls, do you know how this moustache appear?

This is all your hormone's fault ! Masalah ketidakstabilan hormon pada perempuan yang mempunyai paras hormon seks lelaki yang terlebih menyebabkan tumbuhnya bulu roma yang lebat,kasar dan agak panjang. Contohnya, bulu-bulu halus di atas bibir.

macam ini mungkin?
Hormon androgen ni memang semulajadi ada dalam badan wanita tetapi dalam kadar yang sikit. So, kalau terlebih, ada la beberapa effect dia. Contohnya suara yang sepatutnya lemak merdu menjadi lebih dalam, period cycle korang tak teratur ada yang sampai berbulan-bulan tak datang period and rambut juga makin tipis. Kalau banyak sangat hormon ni means perempuan tu ada masalah kesihatan dipanggil hirsutism. Hormon androgen yang terlalu banyak pada perempuan nie mungkin disebabkan oleh penyakit yang dikenali sebagai Polycystic Ovarian Disease (PCO). Penyakit ini agak berbahaya tapi masih lagi boleh dirawat.
 Selalunya keadaan macam ini bersangkut paut dengan berat badan berlebihan, haid yang tak teratur, tumbuhnya jerawat, kulit menjadi kasar dan berminyak dan biasanya sukar mendapat anak jika telah berkahwin.

Macam mana nak hilangkan bulu roma tu? Ada dua cara, satu cara sementara means bulu tu akan tumbuh balik nanti. Second ways is kaedah kekal. Means after that treatment bulu tu confirm tak tumbuh-tumbuh dah.
Kaedah sementara confirm tahu kan? First, adalah mencabut bulu. Agak menyakitkan tetapi kesannya lebih tahan lama berbanding bercukur. Cabut bulu dengan tweezer yang fungsi asalnya nak trim bulu kening tu. Tapi jangan pula cabut bulu kening okeyyy?


Cara ketiga ialah waxing/melilin. Mula-mula lilin yang panas dituang pada kulit tempat yang nak wax tu. Bila dah sejuk bulu roma tu akan melekat pada lilin dan ditarik keluar daripada kulit dalam masa yang ditentukan. Cara ini agak menyakitkan tapi lebih efektif sebenarnya.
Aku terfikir juga mengenai Veet walaupun Veet hanya untuk melicinkan bahagian kaki. Tapi fungsinya sama juga kan? Ada sesiapa yang mahu cuba? Nanti bagitau aku macam mana kesannya jika guna di bahagian lain. kehkehkeh.

Rawatan kekal pula adalah menggunakan eloktrolisis dan laser. Prosedur eloktrolisis ini menggunakan jarum halus untuk mengalirkan elektrik terus ke folikel rambut. Secara teorinya, kesan elektrik ini membakar folikel rambut. Dengan itu rambut tidak akan tumbuh kembali. Tetapi prosedur ni takes time and menyakitkan. Pakar diperlukan untuk membuat proses ni, jangan main hentam saja. Kaedah ini juga perlu dilakukan setiap 12 ke 18 bulan. 

Rawatan laser adalah yang terbaik dan paling berkesan. Jenis-jenis laser yang digunakan untuk membuang bulu adalah Ruby, Alexandrite, Diode dan Long Pulse Nd:YAG. Konsep membuang bulu menggunakan laser adalah mudah. Secara saintifiknya, ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi kaedah ini akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba. Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser yang diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut. Ini akan menyebabkan bulu kekal mati. Namun ia merupakan kos yang mahal. Perempuan pada hari ni aku perhatikan lebih gemar menggunakan wax dan mencuba pelbagai jenis wax yang ditawarkan di salon.


Apa yang aku nak katakan, bulu roma di atas bibir ni boleh merendahkan self esteem perempuan. Ada perempuan malu nak keluar rumah sebab ada bulu-bulu halus ni . Dengan kepelbagaian rawatan pada hari nie, aku rasa boleh je kalau nak remove. Bagaimana dengan hukum dalam Islam pula? Klik sini.

But girls, never shave! Sebab apa? Perasan tak ada skin yang kena shave macam mana? Notice what happens to men lepas diorang shave, even after shaving they have this shadow which might look handsome in some men, but it will never look nice on a girl's upper lip. Please, don't shave unless you want the skin under your nose tu macam ayah korang.

p/s : entri nie adalah untuk 1001 Perempuan juga :D

No comments: