Wednesday

My Only.


Screaming inside. Walaupun hati berbunga cinta.

Bukak peti ais, paracetamol, double dosage ditelan tanpa bantuan H2O. Aku hanya mahu tidur tanpa memikirkan apa-apa. Tiada lagi igauan ngeri yang bisa membuatkan aku histeria tiba-tiba. Hanya sekali aku mahu tidur senyenyak-nyenyaknya seperti Homo Sapiens yang lain. Tanpa bayangan dia atau kisah lampau yang terus manghantui diri seperti malam-malam sebelum ini.

Perlahan, katil didekati. Bayangan pada cermin hanya dipandang sepi. Meraup muka dengan tangan sambil menggapai selimut. Bantal ditepuk lebut sebelum kepala enak diletakkan di situ. Mata mula dipejam. Badan mula berasimilasi dengan suasana gelap itu. Tapi...masih ada sesuatu yang hilang. Otak ligat berpusing.

"Apa yang tak ada, apa yang tak cukup?" kata hati. Lemas.

Handphone dipandang sekilas, sebelum tangan di bawah paras sedar mencapai dan menekan keypad. Nombor yang terpapar di skrin membuatkan hatiku teriak.
Akhirnya butang hijau ditekan setelah beberapa lama pro dan kontra digali oleh minda. Setelah tiga kali dering panggilan itu diangkat. Aku menarik nafas lega.
Segaris senyum terukir bila dia bersuara. Sambil menahan nafas, aku berkata

" Nak tangan."

Senyum.

" Nie hulur tangan Nie, sentuh jari-jari Dee dengan hujung jari Nie.
With my left thumbs and telunjuk, Nie usap antara thumbs and telunjuk Dee.
Sekarang Dee bukak jari-jari Dee, Nie selitkan jari Nie antara jari Dee,
genggam erat-erat. Lepas tu I take your hand near me and.."
suara itu berhenti.

" And?" balasku tertanya.



"Nie kiss belakang tangan Dee."


...

Lena. Kerana kini dia ada di sisi.